Wednesday, August 5, 2009

"coretan"

sebagai seorang pelajar ak tidak dapat lari dalam melaksanakan tugas yang diamanhkan..namun begitu ini menyebabkan ak selalu dalam keadaan tertekan..waaaaaaaaaaaaaa
tugasan yang banyak menyebabkan ak terkejar2 dalam menyiapkannya..pada masa itu ak jugak banyak bermain,,ha3x,,

sejak 2minggu kebelakangan ini ak amat sibuk,,sibuk dengan program yg ak join,,ak jadi AJK SUKAM(sukan lah)..UTm pngil SUKAM..ak jd AJK MAKANAN a.k.a MAKAN je lah keja ak,,he3x..jd ajk makanan nie sngt memenatkan terutamanye hari minggu,,bnyk makanan nak kene packing smpaikan nak g outim pun susah maaa,,lau ak nak g outim ak akn ckp ak ada hal,,ha3x,,terpedaya jgk lah org2 yg ak bgtau 2,,kecian kan,,


SEKIAN..

"nisfu syaaban"

Malam Nisfu Syaaban
6 ogos 2009(khamis) merupakan hari nisfu syaaban.Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Syaaban

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails